Monday 2 April 2012

Majlis Sambutan Hari Lahir dan Jasamu Dikenang

Tanggal 29 Mac 2012, PPKI Nur Kasih telah mengadakan majlis Sambutan Hari Lahir dan Jasamu Dikenang bagi meraikan anak-anak yang meraikan hari lahir pada bulan Januari, Februari dan Mac. Majlis ini juga bagi mengenang jasa-jasa guru INTERIM yang bakal menamatkan tempoh perkhidmatan pada penghujung Mac. Majlis telah diserikan dengan kehadiran semua pentadbir SMK Taman Tuanku Jaafar dan Pengerusi Badan Kebajikan PPKI SMK Taman Tuanku Jaafar.

Program MPV- Ternakan Ikan Keli dan Tanaman Bunga Ong

 Sambil berniaga kecil-kecilan, PPKI Nur Kasih berjinak-jinak juga dalam penternakan ikan keli dan tanaman bunga ong. Terima kasih kepada En Akashah mewakili pentadbir sekolah kerana telah merasmikan upacara melepaskan benih anak ikan ke kolam kami. Semoga projek ini maju jaya hendaknya.
Polibeg yang telah disediakan untuk penanaman bunga ong

Bagus anak-anak bekerjasama memasukkan tanah ke dalam polibeg

Ni bergaya je
Benih anak ikan ada 200 ekor kesemuanya...


Upacara melepaskan benih anak ikan keli sumbangan Jabatan Perikanan Negeri Sembilan

Mari mengira berapa ekor yang tinggal??
Inilah permulaan kami..

Sunday 1 April 2012

Program MPV- Jualan Produk Nur Kasih


Pada 21 Mac 2012  lalu, PPKI Nur Kasih SMK TTJ telah membuka gerai jualan buat pertama kalinya sejak tahun ia ditubuhkan. Antara produk yang berjaya dihasilkan oleh anak-anak Nur Kasih ialah apam polka dot Nur Kasih. Aiskrim Nur Kasih, dadih dan yang terbaru kek cawan Nur Kasih. Gerai ini beroperasi seminggu sekali pada setiap Rabu bermula jam 8.30 pagi hingga 3.30 petang.