Alhamdulillah..kesyukuran dipanjatkan kepada Yang Maha Esa kerana PPKI SMKTTJ telah menerima kehadiran seorang guru interim bagi memenuhi keperluan guru di sini. Pada tanggal 1 Mac 2013,Cik Nur 'Aini binti Mahat telah melapor diri ke kelas Pendidikan Khas SMK Taman Tuanku Jaafar, Seremban. Dengan kehadiran Cikgu 'Aini diharap dapat meningkatkan lagi prestasi PPKI SMKTTJ.
"Kecemerlangan Insan Istimewa, Kegemilangan Bersama"
Tuesday 2 April 2013
Wednesday 27 March 2013
Permainan boling 1 dan 2
Pada tahun ini, aktiviti boling telah berjaya diadakan buat pertama kalinya pada awal tahun iaitu pada 23 Januari 2013 dan kali kedua pada 28 Februari 2013. Berbanding tahun-tahun sudah, aktiviti dimulakan lewat pada bulan ketiga atau keempat atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Aktiviti ini telah dijalankan di U Bowl, Seremban 2 dengan menaiki bas untuk ke sana. Jutaan penghargaan kepada YDP PIBG SMKTTJ yang telah meluluskan permohonan untuk menampung kos pengangkutan bagi aktiviti ini.
Pemberian angpau sempena sambutan Tahun Baru Cina 2013
Bapa kepada satu-satunya pelajar berbangsa Cina di PPKI SMKTTJ, iaitu Cheong Lik Zek telah bermurah hati untuk memberi angpau dan sumbangan buah limau kepada warga PPKI SMKTTJ. Pemberian ini telah dibuat pada 8 Februari 2013 sebelum bermulanya cuti sekolah sempena Tahun Baru Cina.
Pihak PPKI SMKTTJ mengucapkan jutaan penghargaan atas kemurahan hati En Cheong Chee Kiong yang telah menggembirakan hati anak-anak ini.
Pihak PPKI SMKTTJ mengucapkan jutaan penghargaan atas kemurahan hati En Cheong Chee Kiong yang telah menggembirakan hati anak-anak ini.
Sambutan Maulidur Rasul 2013 Peringkat Sekolah
Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah telah diadakan di Dataran Cendekiawan pada 1 Februari 2013, 7.15 pagi. Majlis dimulakan dengan bacaan surah Yassin dan diteruskan dengan ceramah agama. Seterusnya, perarakan guru-guru dan para pelajar bermula dari dataran tersebut ke padang sekolah dan berakhir di dataran semula.
Pelajar-pelajar PPKI dengan gembiranya bersama-sama menyertai perarakan tersebut sambil berselawat dan membawa sepanduk. Majlis berakhir dengan jayanya.
Pelajar-pelajar PPKI dengan gembiranya bersama-sama menyertai perarakan tersebut sambil berselawat dan membawa sepanduk. Majlis berakhir dengan jayanya.
Kejohanan Merentas Desa -Acara Pendidikan Khas 2013
Pada 16 Januari 2013 (Rabu), Kejohanan Merentas Desa peringkat sekolah SMK Taman Tuanku Jaafar telah diadakan bermula jam 3 petang. Seramai 15 orang pelajar PPKI telah terpilih untuk acara ini yang terdiri daripada 10 orang pelajar lelaki dan 5 orang pelajar perempuan. Acara Pendidikan Khas diadakan secara terbuka dan 3 orang pemenang terpantas telah dipilih. Sepanjang acara berlangsung, tiada sebarang kecederaan yang teruk berlaku dan peserta-peserta dapat menamatkan larian walaupun ada yang tersesat.
Pemenang-pemenang bagi acara Pendidikan Khas ialah Muhamad Arif bin Abdullah, Amir Hakim bin Mat Zaini dan Kashmeendher Singh. Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh YDP PIBG,iaitu Dato' Hj Nordin bin Hj Mohammad.
Muhamad Arif dan Kashmeendher |
Hadiah disampaikan oleh YDP PIBG SMK Taman Tuanku Jaafar |
Gambar Kenangan |
Isi perut dulu sebelum berlari |
Pengurusan Kelas 2013
Pada sesi 2013, PPKI SMKTTJ menerima kemasukan pelajar yang lebih ramai berbanding tahun sebelum ini iaitu seramai 39 orang. Dengan bilangan tenaga pengajar yang terhad iaitu seramai 5 orang guru dan 2 orang PPM, kami hanya membuka 3 kelas sahaja. Namun begitu, perkara ini tidak menghalang kami untuk menjalankan aktiviti yang telah dirancangkan. Besar juga harapan kami agar pihak tertentu dapat menyegerakan proses permohonan kami untuk mendapat bangunan baru bagi menampung kesesakan yang berlaku.
Organisasi Program Pendidikan Khas Integrasi SMK Taman Tuanku Jaafar 2013
CARTA ORGANISASI
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI
SMK TAMAN TUANKU JAAFAR
2013
PENGETUA
CEMERLANG
EN. OMAR BIN AHMAD
GPK PENTADBIRAN
EN. AKASHAH BIN ISMAIL
GPK HEM
TN HJ ZAKARIA BIN ISMAIL
GPK KOKURIKULUM
EN.KALAISELVAM A/L MUNIANDI
GPK PETANG
EN. ABDUL
MALIK B. REJAB
PENYELARAS
PPKI
EN. SYAHROL RIZAN BIN ADAM
GURU-GURU
PN
NOORASMAH BINTI KARIM
PN INAWATI BINTI IBRAHIM
PN
ROHANIZI BINTI MOHD ARIFIN
PPM
PN. MARLINA DEWI BT MUHAMMAD
PN. HABIBAH BT SALLEH
Subscribe to:
Posts (Atom)