Pada 16 Januari 2013 (Rabu), Kejohanan Merentas Desa peringkat sekolah SMK Taman Tuanku Jaafar telah diadakan bermula jam 3 petang. Seramai 15 orang pelajar PPKI telah terpilih untuk acara ini yang terdiri daripada 10 orang pelajar lelaki dan 5 orang pelajar perempuan. Acara Pendidikan Khas diadakan secara terbuka dan 3 orang pemenang terpantas telah dipilih. Sepanjang acara berlangsung, tiada sebarang kecederaan yang teruk berlaku dan peserta-peserta dapat menamatkan larian walaupun ada yang tersesat.
Pemenang-pemenang bagi acara Pendidikan Khas ialah Muhamad Arif bin Abdullah, Amir Hakim bin Mat Zaini dan Kashmeendher Singh. Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh YDP PIBG,iaitu Dato' Hj Nordin bin Hj Mohammad.
 |
Muhamad Arif dan Kashmeendher |
 |
Hadiah disampaikan oleh YDP PIBG SMK Taman Tuanku Jaafar |
 |
Gambar Kenangan |
 |
Isi perut dulu sebelum berlari |
No comments:
Post a Comment